Monday 2 April 2012

Doktor Melayan Pesakit Jiwa


Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??" 

KL Menjerit-jerit


Assalamualaikum,
Hari ini aku sekali lagi diberi kekuatan menulis. Dah kena nescafe tarik plus choki-choki “perghhh merecik” dan “mantap”. Tidak lupa juga aku always ingatkan diri aku, agar selalu bersyukur kepada pemilik alam semesta ini. Kalau bukan kerana izin-Nya (Allah SWT), mana bisa mungkian aku dapat makan/minum dan juga menulis.


Ok, hari ini aku nak share pengalaman member aku yang baru masuk KL. Nak cerita, KL ni memang power la dari sudut pembangunan, teknologi dan sosialnya. Semua jenis hiburan ada. Tinggal you all nak mana satu je. Memang hebat lah kerajaan kita, yup dengan usaha-usaha mereka selama ini, akhirnya wujud lah satu bandar metropolitan yang gah lagi power ini. Dah, cukup pasal kehebatan KL.

Berbalik kepada member aku ni, sudut pandang dia terhadap KL berbeza pula. Sudut yang bagaimana? Bagi member aku ni, KL memang gagah dari sudut bangunan dia dan juga kemudahan-kemudahan canggih yang ada. Tetapi, KL bukanlah tempat yang sesuai untuk mendidik jiwa remaja, lebih-lebih lagi dari sudut suasana yang ada di sana. Sudah ramai anak remaja islam kita yang leka dan lalai dengan suasana-suasana yang lara.


Baik, after member aku kata macam tu. Aku pun fikir, takkan lah semua remaja dah rosak kot disebabkan benda-benda yang ada dekat KL. Aku rasa, ramai member-member aku yang lain ok je. Boleh jaga diri dan juga jaga solat mereka. Aku tajamkan lagi pemikiran ku, “owh” yes! rupa-rupanya member aku ni sebenarnya ambil berat dengan anak-anak muda islam yang belanjakan masa mereka dengan perkara-perkara yang lalai dan dibuai indah dengan perangkap-perangkap syaitan lagi menyesatkan manusia.
 
1. Demi Masa!   2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian   3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.
(Al-Asr)

Perghhh! KL menjerit-jerit meminta tolong, agar masyarakat ambil kira dengan kemajuan yang ada. Bimbang kemajuan yang ada hanya dimanfaatkan untuk kerja-kerja kotor semata-mata, lebih-lebih lagi anak-anak muda yang ibarat span (main serap je) baik,buruk masih keliru. Satu hal lagi, masa yang kita ada ni, nak kena manfaatkan betul-betul. Aku yang dah golongan tengah-tengah ni pun banyak juga dugaan dan cabaran, apatah lagi yang muda-muda lagi segar-segar ni. “aish” kalau kita semua main tengok je, “beres” makin lama anak-anak muda kita akan terus berpenyakit. 

Ok lah, jari-jari aku pun dah naik krem taip-taip ni. Mudah-mudahan, siapa-siapa yang terbaca @ sudi luang-luang masa baca artikel aku ni, harapnya ada benefit la untuk you all. Sekali lagi, jangan biarkan KL menjerit-jerit. Do Something! Wsalam.


Sunday 1 April 2012

first teks

Assalamualaikum.

menulis bukannya mudah, tapi ianya menjadi mudah apabila ada minat. minat sahaj tidak mencukupi, akan tetapi perlu kepada disiplin yang tinggi untuk terus survive dalam menulis. content @ isi juga perlu lah strong dan tema yang dipilih harus kena kepada apa yang pembaca nak @ masuk line. 

oh tidak, dihidupkan adalah bertujuan mempamerkan teks-teks tulisan yang berbentuk ilmu, jenaka, santai atau apa sahaja, asalkan ianya tidak salah disisi undang-undang pemilik alam semesta ini. last harapan, mudah-mudahan oh tidak ini tidak merapu-rapu atau berpura-pura!

welcome to oh tidak blog. wish, all of us can become a good writing and reader. peace, no jahiliyah.